GAMELAN
Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti
bonang, gambang, gendang dan gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada
perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian
gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.
Alat-alat
gamelan:
BONANG:
Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan,
berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu
yang hujungnya berbalut.
GAMBANG:
Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu
keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu
berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu
pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan
kedua-dua belah tangan serentak.
KENONG:
Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan
kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu
yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah
diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.
SARON
Saron
terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3
jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.
GENDANG:
Gendang merupakan satu alat yang penting dalam
setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan
tanpa gendang malah pincang.
GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam
persembahan gamelan
No comments:
Post a Comment