KANJIRA
Kanjira termasuk
dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan
alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu
pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2
hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi
seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa
seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa
CHENDA
Merupakan
alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini
digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik
inidipersembahkan
dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk
tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada
pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang
dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian
atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda
(untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan
Acchan Chenda.
MRIDANGAM
Mridangam dimainkan
dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang pemain mridangam akan
memukul selaput yang kecil dengan tangan kanannya manakala memukul selaput
besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan diatas kaki kanan dan buku
lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan
diletakkan pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan badan pemain.
VENU
Alat muzik
ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang
tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan
digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh
didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna
yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu
ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti
suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting
dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan
penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.
NADASWARAM
NADASWARAM
Nadaswaram
merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini
tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi
terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai
yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan
badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada
yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya,
dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai
lubang pengawal bunyi.
SARASWATI
VEENA
Alat muzik ini
tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai
saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu
digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat
India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang
terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat
muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat
muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.